Isnin, 6 Januari 2014

B. Sejarah dan Motto



A.     SEJARAH DAN MOTTO

Motto:


‘Kampung Kita Tanggung jawab Kita’

Sejarah:
    
     Kampung Batu 6 Bakri, yang mendapat namanya kerana terletak enam batu dari Bandar Maharani, telah wujud sejak 1910.  Waktu itu, penduduknya tinggal berserakan di tanah milik orang arab, Batu Tujuh, Bukit Keling dan di pinggir-pinggir hutan.
     Pada zaman dharurat, Allahyarham Tn. Hj Ahmad bin Mokti (Wak Amat Keledek) telah mengumpulkan penduduk-penduduk Kampung Bt 6 Bakri di kiri kanan Jalan Bakri atas tanah yangdahulunya milik orang arab lalu dinamakan ‘Kampung Batu 6 Bakri’  manakala Tn. Hj. Abdul Rahman (Embah Deraman) mengumpulkan penduduk-penduduk di kawasan terpencil di Bukit Pengkalan di tanah yang ada sekarang, juga atas tanah milik orang arab.  Penghulu Yahya telah menamakan kampong itu ‘Kampung Baru’.
     Kedua-dua kampong iini bekerjasama dalam satu pakatan untuk mengurus hal-hal kampung seperti khenduri kahwin, kematian, ‘baraan’, wirid khaujakan, keselamatan kampung semasa dharurat (‘Homeguard’)
     Hasil utama Kampung ini pada tahun-tahun 1950an ialah berasaskan pertanian.
     Pada tahun-tahun 60an dan 70an, lombong bijih di selatan Kampung Baru menggunakan ramai tenaga kerja daripada penduduk Kampung Baru.  Tetapi, kejadian empang pecah pada tahun 1977 memaksa kepada penutupan lombong tersebut hingga para pekerjanya terpaksa mencari sumber penghidupan yang lain
     Apabila bilangan penduduknya meningkat, pakatan kampong ini terpaksa dipecah dua, menjadikan pakatannya membawa haluan masing-masing.

Gambar Kampung1:



Gambar Kampung 2:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan