Selasa, 9 November 2010

Perasmian Balai Raya Batu 6 Bakri

     Majlis Perasmian Balai Raman Batu 6 Bakri telah diadakan pada hari Sabtu 6 November 2010 di Balai Raya Batu 6 Bakri, Taman Medan mulai 8.30 hingga 10.30 malam.  Aahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Dato' Hj Abdullah bin Mat Ali telah menyempurnakan perasmiannya.

     Majlis turut dihadiri Penghulu Mukim Bandar merangkap Penghulu Mukim Bakri, En. Muzamil bin Sharif, Ketua-ketua Kampung Mukim Bakri dan Mukim Bandar dan pemimpin masyarakat dalam Kampung Batu 6 Bakri.

     Di majlis tersebut, Yang Berhormat Dato' Hj Abdullah turut menyampaikan set peralatan mengangkut dan membersihkan sampah di pekarangan Balai Raya.

     Di bawah adalah gambar-gambar sekitar majlis tersebut.    



Ketibaan Yang Berhormat Dato' Hj Abdullah bin Mat Ali ADUN Naning
Hujan Rahmat...
Memotong reben

Menyanyikan lagu Kebangsaan

Ketua Kampung Batu 6 Bakri merangkap Pengerusi JKKK, Tok Mohd Nazir Daim
Tok Penghulu Muzammil Penghulu Mukim Bandar merangkap Penghulu Mukim Bakri memberi ucapan
En. Suhod, Ketua Pakatan Kampung Batu 6 Bakri.  Macam mengantuk aje...
Dari kiri, Tn. Hj. Hassan, En. Isnan, En. Asman, Tn. Hj. Bakar, En. Md Top, En. Kahar, En. Rosli



Hadirin ramai...



Kaum Ibu Penggerak Utama

Sebahagian Ketua Kampung yang hadir
YB Dato' Abdullah Mat Ali menandatangani Plak Perasmian
Ketua Masyarakat dan NGO menerima sumbangan peralatan gotong-royong

Sabtu, 6 November 2010

Selamat Datang ke Kampung Batu 6 Bakri

     Salam bahagia.  Blog ini direka untuk menempat maklumat-maklumat berkaitan Kampung Batu 6 Bakri.  Mudah-mudahan ia akan memberi munafaat kepada penduduk Kampung Batu 6 Bakri khasnya, Mukim Bakri, Daerah Muar, Johor dan seantero dunia.