Isnin, 31 Januari 2011

    Ahad 30 Januari 2011: Air lombong dan parit di Kampung Batu 6 Bakri masih lagi bertahan walau pun hujan berterusan sejak hari Sabtu.
Keadaan air parit di penjuru Parit Mohamad


Isnin 31 Januari 2011: Keadaan masih serupa, tetapi air semakin naik.

Keadaan air di penjuru Parit Mohamad
  Di lombong, beberapa orang penduduk kampung menjala ikan.  Ada yang tak dapat seekor pun.  Ada yang dapat tiga ekor sekali menebar jala.  Ada yang setiap kali tebar dapat seekor.  Sepuluh kali, sepuluh ekor.  Berapa ekor ikan yang dapat setakat ni?  Jangan dikira.  Takut nanti tak dapat lagi lepas tu.
Man.  Dapat tiga ekor sekali menebar jala.   
Lihat ikan dalam buntilnya.



     Ini Khairudin Md Zin. Dia baru sahaja sampai.  Sekali tebar, dapat seekor. Dua kali tebar dapat dua ekor.




     Dia menggunakan jala yang bermata dua inci setengah.  Sepatutnya dia menggunakan jalan bermata dua inci.  Baru boleh dapat banyak ikan.  Jadi kenapa tak gunakan jala bermata dua inci?  Tak bawa.  Kenapa tak bawa?  Sebab dia menjangka akan naik perahu ke tengah lombong untuk menjala ikan yang lebih besar.  Ikan kecil akan terlepas daripada perangkap jala, membolehkannya membesar.

Ahad, 23 Januari 2011

Tahlil Sultan Di Masjid KKDAJ




Sabtu 22 Januari 2011 bersamaan 17 Safar 1432 H.  Mukim Bakri telah menganjurkan Tahlil Sultan sempena kemangkatan DYM Sultan Iskandar Ibni Al Marhum Sultan Ismail.  Kampung Batu 6 Bakri telah diamanahkan menjadi tuan rumah kepada tahlil tersebut yang bermula selepas Solat Maghrib.  Majlis telah dihadiri oleh seramai 200 ahli kariah Masjid Kampung Kenangan Datuk Abdullah Ja'afar, Penghulu serta ketua-ketua dan setiausaha kampung-kampung dalam Mukim Bakri.

Sebahagian jemaah yang turutserta
Bilal 1 (berjubah dan serban putih)
Tok Musyrik: Ketua Kampung Batu 5, Tok Bakar:  Ketua Kampung Parit Hj. Zin dan Tok Khalil, Ketua Kampung Jeram Tepi
Encik Shuiab, Setiausaha Masjid KKDAJ
Tok Md Top: Ketua Kampung Batu 3, Tok Salleh: Ketua Kampung Simpang Jeram, Hj. Mastahir, Bendahari Masjid KKDAJ, Tn. Hj. Rahim AJK Masjid KKDAJ dan En. Mustafa Kamal, JKKK Batu 6 Bakri
Tok Nazir: Ketua Kampung Batu 6 Bakri, Tn. Hj. Razali, Imam 1
Tn. Hj. Rahman: Pengerusi Masjid KKDAJ dan Tok Hj Yusof: Penghulu Mukim Bakri
En. Masuhudi, JKKK Batu 6 dan En. Mahat, Pengerusi Pakatan Taman Bakri Indah
Tn. Hj. Borhanudin, Setiausaha JKKK Batu 6 Bakri
Eh! Kaum Ibu pun ada juga?    
Alaahai...
Menikmati rezeki selepas tahlil: nasi putih, ayam masak kicap, daging masak kari, acar, gesek bulu ayam...
... juga air mata kucing, kuih lapis, tembikai, tembusa.  Burrp! Alhamdulillah