Sabtu, 30 Julai 2011

Penutup Wirid Dan Gotong Royong Surau

     Wirid Khaujakan Kampung Batu 6 Bakri telah membuat wirid penghabisan di Surau Al Hadi Kampung Batu 6 Bakri pada hari Khamis 21 Julai lepas Maghrib.




     Kemudian pada hari Ahad 24 Julai, gotong-royong memasang khemah di pekarangan Surau serta membersihkan kawasan surau.

Latihan Menembak Senjata Api Colt M16

     Pada hari Sabtu dan Ahad 23 dan 24 Julai 2011, beberapa anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Batu 6 Bakri 0385 telah mengikuti Latihan Menembak Senjata Colt M16 di Lapang Sasar RELA dan PDRM di Bukit Kangkar, Ledang. Antara yang hadir ialah Borhanudin, Rosnan, Halim, Jamil Nor dan beberapa anggota Relawan.
     Dengan bayaran RM15.00, setiap anggota dibekalkan dengan 20 butir peluru hidup, dikehendaki menembak dalam empat posisi iaitu meniarap, duduk, tinggung dan berdiri.  Setiap anggota yang mengambil bahagian merasa sangat teruja dengan aktiviti ini kerana peluang menembak menggunakan senjata api Colt M16 bukanlah mudah untuk diperolehi.  Setiap butir peluru membawa 5 markah sekiranya berjaya ditembak tepat mengenai sasaran.
     Anggota dari Batu 6 yang terlibat sebagai 'Pengasuh' ialah Leftenan (R) Ahmad Fadilah dan Sarjan (R) Mustapha Kamal.
Sedang menjampi sasaran, menembak gaya meniarap
Menembak gaya duduk
Antara anggota RELA 0385 yang hadir
Berehat selepas menembak
Lagak seorang 'Pengasuh'
Senjata api Colt M16 yang digunakan bersama magazine dan blank cartridge
Antara markah yang diperolehi daripada 20 butir peluru
 

Menjelang Ramadhan 1432

     Kelab Pencinta Toyota Wish berhasrat menziarahi Kampung Batu 6 Bakri Ramadhan ini untuk memberi bantuan kepada fakir miskin.  Perbincangan telah pun berlangsung di Masjid KKDAJ pada Jumaat 22 Julai yang lalu.  Semoga apa yang dirancang akan berhasil.