Isnin, 31 Januari 2011

    Ahad 30 Januari 2011: Air lombong dan parit di Kampung Batu 6 Bakri masih lagi bertahan walau pun hujan berterusan sejak hari Sabtu.
Keadaan air parit di penjuru Parit Mohamad


Isnin 31 Januari 2011: Keadaan masih serupa, tetapi air semakin naik.

Keadaan air di penjuru Parit Mohamad
  Di lombong, beberapa orang penduduk kampung menjala ikan.  Ada yang tak dapat seekor pun.  Ada yang dapat tiga ekor sekali menebar jala.  Ada yang setiap kali tebar dapat seekor.  Sepuluh kali, sepuluh ekor.  Berapa ekor ikan yang dapat setakat ni?  Jangan dikira.  Takut nanti tak dapat lagi lepas tu.
Man.  Dapat tiga ekor sekali menebar jala.   
Lihat ikan dalam buntilnya.



     Ini Khairudin Md Zin. Dia baru sahaja sampai.  Sekali tebar, dapat seekor. Dua kali tebar dapat dua ekor.




     Dia menggunakan jala yang bermata dua inci setengah.  Sepatutnya dia menggunakan jalan bermata dua inci.  Baru boleh dapat banyak ikan.  Jadi kenapa tak gunakan jala bermata dua inci?  Tak bawa.  Kenapa tak bawa?  Sebab dia menjangka akan naik perahu ke tengah lombong untuk menjala ikan yang lebih besar.  Ikan kecil akan terlepas daripada perangkap jala, membolehkannya membesar.

Ahad, 23 Januari 2011

Tahlil Sultan Di Masjid KKDAJ




Sabtu 22 Januari 2011 bersamaan 17 Safar 1432 H.  Mukim Bakri telah menganjurkan Tahlil Sultan sempena kemangkatan DYM Sultan Iskandar Ibni Al Marhum Sultan Ismail.  Kampung Batu 6 Bakri telah diamanahkan menjadi tuan rumah kepada tahlil tersebut yang bermula selepas Solat Maghrib.  Majlis telah dihadiri oleh seramai 200 ahli kariah Masjid Kampung Kenangan Datuk Abdullah Ja'afar, Penghulu serta ketua-ketua dan setiausaha kampung-kampung dalam Mukim Bakri.

Sebahagian jemaah yang turutserta
Bilal 1 (berjubah dan serban putih)
Tok Musyrik: Ketua Kampung Batu 5, Tok Bakar:  Ketua Kampung Parit Hj. Zin dan Tok Khalil, Ketua Kampung Jeram Tepi
Encik Shuiab, Setiausaha Masjid KKDAJ
Tok Md Top: Ketua Kampung Batu 3, Tok Salleh: Ketua Kampung Simpang Jeram, Hj. Mastahir, Bendahari Masjid KKDAJ, Tn. Hj. Rahim AJK Masjid KKDAJ dan En. Mustafa Kamal, JKKK Batu 6 Bakri
Tok Nazir: Ketua Kampung Batu 6 Bakri, Tn. Hj. Razali, Imam 1
Tn. Hj. Rahman: Pengerusi Masjid KKDAJ dan Tok Hj Yusof: Penghulu Mukim Bakri
En. Masuhudi, JKKK Batu 6 dan En. Mahat, Pengerusi Pakatan Taman Bakri Indah
Tn. Hj. Borhanudin, Setiausaha JKKK Batu 6 Bakri
Eh! Kaum Ibu pun ada juga?    
Alaahai...
Menikmati rezeki selepas tahlil: nasi putih, ayam masak kicap, daging masak kari, acar, gesek bulu ayam...
... juga air mata kucing, kuih lapis, tembikai, tembusa.  Burrp! Alhamdulillah

Sabtu, 25 Disember 2010

Lawatan Pegawai Veterinar

     Selasa 21 Disember 2010, Pegawai Veterinar Daerah Muar telah melawat kandang ternakan En. Masudi bin Subari (Kampung Baru Bakri).  Baru-baru ini, Jabatan Haiwan Daerah Muar telah menyumbang anak-anak ayam 40 ekor kepada En. Masudi berserta seekor kambing yang dimenangi Kampung Batu 6 Bakri sempena lawatan Duli Yang Mulia Sultan Johor ke Daerah Muar.
Dari kiri Setiausaha JKKK Batu 6, Pegawai Veterinar En. Jamari dan Masudi
Kambing Hadiah: dulu kurus, sekarang dah gemuk
Kambing hitam tu gerem aje...
Kandang kambing Masudi

Sumbangan Persekolahan: Semoga Dipanjangkan Umur, Murah Rezeki, Tetapkan Iman

     10 orang kanak-kanak yatim di Kampung Batu 6 Bakri telah menerima sumbangan peralatan sekolah daripada Stesyen minyak Petronas Batu 6 Bakri pada Sabtu 18 Disember 2010.  Mereka ialah:
1.  Abdul Rahman bin Hj Sidek
2.  Abdul Rahim bin Hj Sidek
3.  Zulfakar bin Kamarudin
4.  Zulkarnain bin Kamarudin
5.  Amar Daniel bin Norin
6.  Nurul Emeeza binti Suhaimi
7.  Muhd Hakimi bin Suhaimi
8.  Nur Rizq Najiehah bin Norazmi
9.  Nur Azni Atiqa bte Norazmi
10. Taman Bakri Mulia

Selepas jamuan di sini, mereka akan dibawa dengan bas ke bandar Muar untuk memilih pakaian serta peralatan persekolahan.

     Terima kasih En. Ayub.  Semoga Allah Ta'ala memberi keberkatan kepada Tuan sekeluarga di dunia hingga ke akhirat.  Amiin.
Dhif sedang bertahlil
Imam (Tn. Hj. Hamim Hj Lahuri, En. Ayub Hussein (Pengurus Petronas Bakri Batu 6, En. Asman (Ketua Polis Balai, Bakri)
Tok Nazir dan En. Ayub
Sebahagian penerima Sumbangan bersama penjaga masing-masing

Sumbangan Peralatan Sekolah

     Pada Ahad 19 Disember 2010, 10 orang kanak-kanak Kampung Batu 6 Bakri menerima sumbangan peralatan persekolah daripada Datuk Abdullah bin Md Ali, ADUN Naning sempena Karnival Sukan Rakyat dan Gaya Hidup Sihat anjuran JPMM DUN Naning di Kompleks Penghulu Mukim Air Hitam Muar.
  
Anak-anak yang menerima beg sekolah, kamus serta wang saku


 Beberapa keping gambar menunjukkan suasana di karnival tersebut.

10 Muharram


Seperti di tempat-tempat lain, 10 Muharram juga disambut di Surau Darul Falah Kg. Baru, Batu 6
Sebahagian jamaah asyik mendengar Kuliah sempena 10 Muharram yang disampaikan Ustaz Fakrudin Hj Md Naroh

 Sambutan di Masjid Kampung Kenangan Datuk Abdullah Jaafar
    

Jaafar Hitam, Ustaz Salam Damio, Borhan, Tok Nazir Ketua Kampung
Tn. Hj. Rahman Rohani, Pengerusi Masjid KKDAJ
    

Tuan Imam 2
    

Selasa, 9 November 2010

Perasmian Balai Raya Batu 6 Bakri

     Majlis Perasmian Balai Raman Batu 6 Bakri telah diadakan pada hari Sabtu 6 November 2010 di Balai Raya Batu 6 Bakri, Taman Medan mulai 8.30 hingga 10.30 malam.  Aahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Dato' Hj Abdullah bin Mat Ali telah menyempurnakan perasmiannya.

     Majlis turut dihadiri Penghulu Mukim Bandar merangkap Penghulu Mukim Bakri, En. Muzamil bin Sharif, Ketua-ketua Kampung Mukim Bakri dan Mukim Bandar dan pemimpin masyarakat dalam Kampung Batu 6 Bakri.

     Di majlis tersebut, Yang Berhormat Dato' Hj Abdullah turut menyampaikan set peralatan mengangkut dan membersihkan sampah di pekarangan Balai Raya.

     Di bawah adalah gambar-gambar sekitar majlis tersebut.    



Ketibaan Yang Berhormat Dato' Hj Abdullah bin Mat Ali ADUN Naning
Hujan Rahmat...
Memotong reben

Menyanyikan lagu Kebangsaan

Ketua Kampung Batu 6 Bakri merangkap Pengerusi JKKK, Tok Mohd Nazir Daim
Tok Penghulu Muzammil Penghulu Mukim Bandar merangkap Penghulu Mukim Bakri memberi ucapan
En. Suhod, Ketua Pakatan Kampung Batu 6 Bakri.  Macam mengantuk aje...
Dari kiri, Tn. Hj. Hassan, En. Isnan, En. Asman, Tn. Hj. Bakar, En. Md Top, En. Kahar, En. Rosli



Hadirin ramai...



Kaum Ibu Penggerak Utama

Sebahagian Ketua Kampung yang hadir
YB Dato' Abdullah Mat Ali menandatangani Plak Perasmian
Ketua Masyarakat dan NGO menerima sumbangan peralatan gotong-royong