Isnin, 6 Januari 2014

B. Sejarah dan Motto



A.     SEJARAH DAN MOTTO

Motto:


‘Kampung Kita Tanggung jawab Kita’

Sejarah:
    
     Kampung Batu 6 Bakri, yang mendapat namanya kerana terletak enam batu dari Bandar Maharani, telah wujud sejak 1910.  Waktu itu, penduduknya tinggal berserakan di tanah milik orang arab, Batu Tujuh, Bukit Keling dan di pinggir-pinggir hutan.
     Pada zaman dharurat, Allahyarham Tn. Hj Ahmad bin Mokti (Wak Amat Keledek) telah mengumpulkan penduduk-penduduk Kampung Bt 6 Bakri di kiri kanan Jalan Bakri atas tanah yangdahulunya milik orang arab lalu dinamakan ‘Kampung Batu 6 Bakri’  manakala Tn. Hj. Abdul Rahman (Embah Deraman) mengumpulkan penduduk-penduduk di kawasan terpencil di Bukit Pengkalan di tanah yang ada sekarang, juga atas tanah milik orang arab.  Penghulu Yahya telah menamakan kampong itu ‘Kampung Baru’.
     Kedua-dua kampong iini bekerjasama dalam satu pakatan untuk mengurus hal-hal kampung seperti khenduri kahwin, kematian, ‘baraan’, wirid khaujakan, keselamatan kampung semasa dharurat (‘Homeguard’)
     Hasil utama Kampung ini pada tahun-tahun 1950an ialah berasaskan pertanian.
     Pada tahun-tahun 60an dan 70an, lombong bijih di selatan Kampung Baru menggunakan ramai tenaga kerja daripada penduduk Kampung Baru.  Tetapi, kejadian empang pecah pada tahun 1977 memaksa kepada penutupan lombong tersebut hingga para pekerjanya terpaksa mencari sumber penghidupan yang lain
     Apabila bilangan penduduknya meningkat, pakatan kampong ini terpaksa dipecah dua, menjadikan pakatannya membawa haluan masing-masing.

Gambar Kampung1:



Gambar Kampung 2:



Ahad, 5 Januari 2014

Profil Kampung Batu 6 Bakri 2013

    Sepatah Kata daripada Ketua Kampung Batu 6 Bakri.




Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kerana terbitnya buku Profil Kampung Batu  6 Bakri.  Ini adalah sebagai mematuhi arahan Pejabat Daerah Muar iaitu setiap kampung dalam daerah Muar mengeluarkan satu laporan untuk menjelaskan serba serbi hal berkaitan kampung masing-masing.  Ini  adalah untuk menjadi rujukan kepada orang ramai mengenai maklumat sesuatu kampung supaya mereka mendapat pengetahuan daripadanya.  Laporan ini cuba membawa perhatian pembaca kepada keadaan Kampng Batu 6 Bakri secara superficial.  Namun maklumat yang tidak sepertinya ini diharap dapat memberi gambaran yang jelas tentang kemajuan yang dicapai pada masa sekarang berbanding keadaannya sewaktu mula-mula ia tertubuh.  Selamat membaca!




ISI KANDUNG BUKU PROFIL KAMPUNG BATU 6 BAKRI, MUAR
INDEKS                      BUTIRAN                                                        
                  
A.     MAKLUMAT ASAS
B.     SEJARAH DAN MOTTO
C.     PELAN SUSUN ATUR
D.     DEMOGRAFI (Kependudukan)
E.      KEGUNAAN TANAH
F.      KEGIATAN EKONOMI
G.    HAK MILIK PENDUDUK
H.     KEMUDAHAN ASAS                        
I.        GERAKAN DAYA WAWASAN
J.       ORGANISASI / PERSATUAN KAMPUNG
K.     PENCAPAIAN
L.      ISU DAN MASALAH
M.    KELEBIHAN DAN POTENSI KAMPUNG
N.     ANAK KAMPUNG BERJAYA
O.     KURSUS YANG DIPERLUKAN
P.      PELAN TINDAKAN DESA
Q.     PROGRAM BANTUAN
R.     SENARAI IBU/BAPA TUNGGAL
S.      SENARAI ANAK YATIM

Sabtu, 30 Julai 2011

Penutup Wirid Dan Gotong Royong Surau

     Wirid Khaujakan Kampung Batu 6 Bakri telah membuat wirid penghabisan di Surau Al Hadi Kampung Batu 6 Bakri pada hari Khamis 21 Julai lepas Maghrib.




     Kemudian pada hari Ahad 24 Julai, gotong-royong memasang khemah di pekarangan Surau serta membersihkan kawasan surau.

Latihan Menembak Senjata Api Colt M16

     Pada hari Sabtu dan Ahad 23 dan 24 Julai 2011, beberapa anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Batu 6 Bakri 0385 telah mengikuti Latihan Menembak Senjata Colt M16 di Lapang Sasar RELA dan PDRM di Bukit Kangkar, Ledang. Antara yang hadir ialah Borhanudin, Rosnan, Halim, Jamil Nor dan beberapa anggota Relawan.
     Dengan bayaran RM15.00, setiap anggota dibekalkan dengan 20 butir peluru hidup, dikehendaki menembak dalam empat posisi iaitu meniarap, duduk, tinggung dan berdiri.  Setiap anggota yang mengambil bahagian merasa sangat teruja dengan aktiviti ini kerana peluang menembak menggunakan senjata api Colt M16 bukanlah mudah untuk diperolehi.  Setiap butir peluru membawa 5 markah sekiranya berjaya ditembak tepat mengenai sasaran.
     Anggota dari Batu 6 yang terlibat sebagai 'Pengasuh' ialah Leftenan (R) Ahmad Fadilah dan Sarjan (R) Mustapha Kamal.
Sedang menjampi sasaran, menembak gaya meniarap
Menembak gaya duduk
Antara anggota RELA 0385 yang hadir
Berehat selepas menembak
Lagak seorang 'Pengasuh'
Senjata api Colt M16 yang digunakan bersama magazine dan blank cartridge
Antara markah yang diperolehi daripada 20 butir peluru
 

Menjelang Ramadhan 1432

     Kelab Pencinta Toyota Wish berhasrat menziarahi Kampung Batu 6 Bakri Ramadhan ini untuk memberi bantuan kepada fakir miskin.  Perbincangan telah pun berlangsung di Masjid KKDAJ pada Jumaat 22 Julai yang lalu.  Semoga apa yang dirancang akan berhasil.