Kampung Induk: Kampung Batu 6 Bakri Kampung Rangkaian: Kampung Baru, Taman Medan, Taman Bakri Jaya, Taman Bakri Mulia, Kampung Kenangan Datuk Abdullah Jaafar, Taman Bakri Indah, Bukit Bakri, Kampung Batu 7, Kampung Batu 8
Sabtu, 30 Julai 2011
Latihan Menembak Senjata Api Colt M16
Pada hari Sabtu dan Ahad 23 dan 24 Julai 2011, beberapa anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Batu 6 Bakri 0385 telah mengikuti Latihan Menembak Senjata Colt M16 di Lapang Sasar RELA dan PDRM di Bukit Kangkar, Ledang. Antara yang hadir ialah Borhanudin, Rosnan, Halim, Jamil Nor dan beberapa anggota Relawan.
Dengan bayaran RM15.00, setiap anggota dibekalkan dengan 20 butir peluru hidup, dikehendaki menembak dalam empat posisi iaitu meniarap, duduk, tinggung dan berdiri. Setiap anggota yang mengambil bahagian merasa sangat teruja dengan aktiviti ini kerana peluang menembak menggunakan senjata api Colt M16 bukanlah mudah untuk diperolehi. Setiap butir peluru membawa 5 markah sekiranya berjaya ditembak tepat mengenai sasaran.
Anggota dari Batu 6 yang terlibat sebagai 'Pengasuh' ialah Leftenan (R) Ahmad Fadilah dan Sarjan (R) Mustapha Kamal.

Sedang menjampi sasaran, menembak gaya meniarap |
Menembak gaya duduk |
Antara anggota RELA 0385 yang hadir |
Berehat selepas menembak |
Lagak seorang 'Pengasuh' |
Senjata api Colt M16 yang digunakan bersama magazine dan blank cartridge |
Antara markah yang diperolehi daripada 20 butir peluru |
Selasa, 28 Jun 2011
Kampungku Kebanggaanku
Ahad 26 Jun 2011:- Giliran Kampung Batu 6 Bakri bersama-sama Kampung Parit Zin dan Kampung Simpang Jeram mengambil bahagian dalam program 'Kampungku Kebanggaanku' anjuran Pejabat Daerah Muar.
Antara kandungan program ialah pameran hasil usaha penduduk kampung, permainan tradisi seperti tarik upih, lari dalam guni, pertandingan tarik tali, pertunjukan Seni Silat Sendeng dan Hadrah. Di bawah adalah beberapa keping gambar yang menggambarkan suasana tersebut.
Kata Tok Nazir, Ketua Kampung Batu 6 Bakri, beliau akan menganjurkan pesta yanga serupa di peringkat Kampung Batu 6 Bakri satu ketika nanti. Yeh, yeh...!
Antara kandungan program ialah pameran hasil usaha penduduk kampung, permainan tradisi seperti tarik upih, lari dalam guni, pertandingan tarik tali, pertunjukan Seni Silat Sendeng dan Hadrah. Di bawah adalah beberapa keping gambar yang menggambarkan suasana tersebut.
Kuih tradisi... |
Telur asin, kuih dangai... |
Tak payah tulis, dah ada kat gambar tuh... |
bahulu? |
Kak Ros keletihan... |
Kek Lapis Normala |
Pertunjukan Seni Silat Sendeng guna keris. Yang baju oren tu Tuan Pegawai Daerah... |
Tuan Haji Mislan Karmani, Pegawai Daerah Muar sedang melawat gerai... |
Pegawai Daerah di Gerai Kek dan Roti Seri Tanjung. Roti kismis mana daa... |
Sebahagian daripada pengunjung. |
Tengok apa tu? |
Ooo tarik tali... |
Tuk Nazir turut memberi sokongan |
Pasukan Tarik Tali Batu 6 'B' |
Menang! |
Pemuda harapan bangsa... |
Acara 'Lari Tarik Upih'... |
Adik comel dapat duit Pegawai Daerah beri. Syukur alhamdulillah... |
Anak dara Ketua Kampung |
Wajah-wajah ceria penonton... |
Sukanya diaaa... |
Acara lari dalam guni |
Amer tertinggal tangkal kat rumah... |
Persembahan Hadhrah 'Malaysia Baru' |
Menerima hadiah |
Hadiah lari dalam guni |
Pemenang Lari Dalam Guni. Kuat lari rupanya dia... |
Lagak seorang juara... |
Ketua Kampung menyampaikan cenderamata... Errr, menerima cenderamata daripada Oli Marketing |
Bergambar berama-ramai sebelum pulang... |
Langgan:
Catatan (Atom)